Tempahan sah selepas deposit diterima dan pengesahan dikeluarkan oleh AG Holiday.
Deposit: 20% (bot · daytrip · pakej penginapan darat / kombo) · 50% (pakej penginapan di Pulau) · 30% (ATV 4 unit ke atas) · bayaran penuh (ATV 3 unit ke bawah, dan tempahan 72 jam atau kurang sebelum trip).
Baki: 3 hari sebelum trip (bot · daytrip · pakej darat / kombo) · 7 hari sebelum check-in (pakej penginapan di Pulau) · 7 hari sebelum (ATV 4 unit ke atas).
Baki tidak dijelaskan dalam tempoh — AG Holiday berhak melepaskan slot.
Tangga di bawah terpakai bagi semua produk: bot, daytrip, pakej, kombo, penginapan dan ATV yang dibayar secara deposit.
| 14 hari atau lebih sebelum trip | 80% dipulangkan |
| 7 – 13 hari | 50% |
| 4 – 6 hari | 30% |
| 72 jam atau kurang · tidak hadir | Tiada bayaran balik |
Pengecualian tunggal — tempahan ATV yang dibayar penuh (3 unit ke bawah): tiada bayaran balik bagi pembatalan oleh pelanggan.
Sebab: cuaca buruk · laut atau laluan tidak selamat · arahan pihak berkuasa · kerosakan teknikal yang menjejaskan keselamatan.
Anda pilih: tukar tarikh · credit wallet · bayaran balik selepas tolak kos pihak ketiga · bayaran balik penuh jika punca sepenuhnya AG Holiday dan tiada perkhidmatan ganti.
Tempahan berganda · salah tarikh, pakej atau bilangan pax · caj berganda.
100% dipulangkan tanpa potongan, diproses serta-merta atau dalam 3 hari bekerja.
Redang / Setiu Wetlands: 30–45 minit sebelum waktu pelepasan.
ATV: 30 minit sebelum slot.
Lewat sehingga bot berlepas atau slot terlepas dikira tidak hadir — tiada bayaran balik.